Presidennya Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, buat masa ini, kebanyakan pemilik tidak mempunyai dana untuk membeli minyak secukupnya bagi menampung peningkatan permintaan yang dijangka berlaku apabila PKP berakhir.
Beliau berkata, arah aliran menurun dalam harga minyak dan trafik yang lemah susulan PKP menyebabkan pengusaha stesen minyak terjejas teruk.
“Dari awal Mac hingga pertengahan April, harga minyak turun beberapa kali. Apabila harga turun dengan banyak kami rugi kerana membelinya terlebih dahulu pada kadar lebih tinggi dan terpaksa menjualnya pada harga lebih murah.
“Semua yang berada dalam industri ini kerugian kira-kira RM170 juta …purata kira-kira RM60,000 hingga RM100,000 bagi 1 stesen minyak,” katanya.
Khairul Annuar berkata, masalah akan timbul selepas kerajaan menamatkan PKP kerana pengusaha stesen minyak hanya memiliki sejumlah wang yang sedikit bagi menampung peningkatan permintaan untuk minyak pada ketika itu.
“Isu ini akan timbul apabila kerajaan menamatkan PKP dan orang ramai mula bekerja seperti biasa. Ini kerana modal kerja semua pengusaha kami menyusut akibat penurunan harga minyak dan kerugian yang dialami semasa tempoh PKP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan