Selasa, 5 Mei 2020

Pemandu disyaki langgar Koperal Safwan direman empat hari

Bernama
pengajar yang diibaratkan sebagai
Seorang wanita serta teman lelakinya ditahan berikutan kematian seorang kanak-kanak dipercayai akibat didera.


KUALA LUMPUR – Individu disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh Koperal Safwan Muhammad Ismail sehingga maut berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS), direman empat hari bermula kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Datuk Fadzil Ahmad berkata lelaki berusia 44 tahun yang masih menerima rawatan di Hospital Serdang, direman mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian dibuka terhadap suspek selain mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Siasatan dijalankan oleh pihak trafik dan Jabatan Siasatan Jenayah dan permohonan sambung reman akan dibuat sekiranya perlu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi Ahad lepas, Koperal Safwan, 31, yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op COVID-19 disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol.

Jenazah Safwan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Perak, 6 pagi tadi dengan turut dihadiri lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan rakan sejawat.— BERNAMA

Tiada ulasan: