Kejadian sebabkan kebakaran namun dipadamkan kakitangan hotel
KUALA LUMPUR
– Seorang lelaki yang sedang menjalani kuarantin COVID-19 di sebuah
hotel di sini, mencetuskan suasana kelam kabut apabila membakar botol
cecair pembasmi kuman di lobi hotel itu, semalam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi
Ismail berkata, kejadian jam 9.15 pagi itu mencetuskan kebakaran kecil
namun dipadamkan kakitangan hotel.
Beliau berkata, lelaki berusia 23 tahun
itu yang baru kembali dari luar Sarawak menjalani kuarantin di hotel
berkenaan sejak 2 Mei lalu.
“Lelaki itu sudah ditahan dan dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dihubungi Harian Metro.
Sementara itu, sumber Pejabat Timbalan
Ketua Menteri berkata, lelaki terbabit kini ditahan ke Hospital Umum
Sarawak (HUS) kerana disyaki mengalami masalah mental.
Sebelum mencetuskan kekecohan di lobi hotel, lelaki terbabit merosakkan beberapa peralatan di bilik penginapannya.
Gambar keadaan bilik yang bersepah
selain peralatan hotel yang rosak tular di laman sosial Facebook sejak
semalam dan ia mencetuskan kemarahan netizen.
Rata-rata netizen kesal dengan perbuatan
lelaki itu yang dianggap tidak bersyukur dikuarantin di hotel yang
ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan