Ketua Pegawai Operasi FOMCA, T Saravanan berkata scammer berkenaan menggunakan kemahiran dalam teknologi dan mencipta laman sesawang dan media sosial seakan mirip Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan bank untuk memperdaya pengguna yang kesempitan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Sehubungan itu pengguna dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu maklumat yang mereka terima sama ada melalui sistem pesanan ringkas (SMS), panggilan telefon mahupun e-mel," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
BACA: Pesara rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket Macau Scam
Beliau berkata pengguna juga dinasihatkan supaya tidak memberi butiran peribadi seperti nombor akaun bank, nombor kad pengenalan dan sebagainya kepada mana-mana pihak.
"Sila hubungi bank atau mana-mana pihak yang cuba bertanyakan maklumat peribadi anda sekiranya anda menerima pesanan daripada bank mahupun LHDN," katanya. -- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan