IPOH: Jumlah mangsa yang
terjejas akibat banjir di Perak terus meningkat kepada 54 orang daripada
14 keluarga, melibatkan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah
Kerian.
Menerusi aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), setakat 8.35 malam, seramai 44 mangsa daripada 10
keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak,
Bagan Serai.
Ia menunjukkan peningkatan mangsa di PPS berkenaan berbanding hanya 23 penduduk membabitkan empat keluarga pagi tadi.
Berdasarkan aplikasi itu lagi, 10 orang daripada empat keluarga masih kekal ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman, Bagan Serai.
"Kesemua mereka yang ditempatkan di dua PPS berkenaan melibatkan 21
lelaki, 15 wanita, lima kanak-kanak lelaki dan 13 kanak-kanak
perempuan," menurut aplikasi itu.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan