BERMULA Jumaat, hanya di Masjid Negara dibenar
melaksanakan solat Jumaat, solat berjemaah, solat tarawih dan solat
sunat Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Ketua
Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya
memaklumkan ia kerana masjid itu sahaja berada dalam zon hijau manakala
Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya masih
berada dalam zon kuning.
Ini antara negeri dan kawasan yang turut membenarkan pembukaan semula masjid:
1. Wilayah Persekutan Kuala Lumpur / Putrajaya
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), memperkenalkan sistem giliran kepada semua pihak menunaikan solat berjemaah sama ada solat lima waktu, solat jumaat dan solat terawih di masjid dan surau terpilih.
Dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, terdapat 200 buah masjid dan surau untuk solat Jumaat.
Daripada jumlah itu, 25 masjid dan 31 suray dibenarkan beroperasi bermula Jumaat.
2. Selangor
Beberapa masjid memulakan solat Jumaat bersyarat yang terhad kepada 12 orang sahaja membabitkan ahli jawatankuasa masjid terlibat.
Antara masjid yang dibenarkan melakukan solat Jumaat ialah Masjid Negeri, Masjid Daerah dan Masjid DiRaja.
3. Pulau Pinang
Pulau Pinang membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di Masjid Negeri itu speanjang PKPB mulai 22 Mei ini.
Bagaimanapun ia hanya terhad kepada 12 hingga 15 orang Jemaah sahaja terdiri daripada pegawai masjid atau surau dan ahli jawatankuasa kariah serta siak.
4. Terengganu
Terengganu pula membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di negeri itu sepanjang tempoh PKPB bermula 22 Mei ini.
Namun, kelonggaran itu hanya membenarkan penggunaan satu masjid sahaja untuk satu daerah sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB.
5. Sarawak
Solat Jumaat hanya dibenarkan diadakan di masjid di seluruh negeri mulai 22 Mei ini, namun hanya empat orang dan tidak melebihi 12 orang jemaah sahaja.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk
Misnu Taha, berkata kebenaran itu diberi dengan syarat tertentu yang
harus dipatuhi oleh semua pihak pengurusan masjid dan surau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan