Selasa, 5 Mei 2020

Anak Zahid, suami didenda RM800 kerana langgar PKP

Nurul Hidayah, anak kepada bekas timbalan perdana menteri 
Ahmad Zahid Hamidi, ketika meninggalkan mahkamah di 
Putrajaya hari ini.
 
PUTRAJAYA: Anak dan menantu bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi masing-masing didenda RM800 kerana melanggar perintah kawalan pergerakan.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengenakan denda itu selepas Nurul Hidayah dan Saiful Nizam Mohd Yusoff mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh penterjemah.

Hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan melanggar PKP adalah denda maksimum RM1,000, penjara 6 bulan, atau kedua-duanya.

Nurul dan Saiful membayar denda itu.

Isu ini muncul selepas Nurul memuatnaik gambar merela bersama Timbalan Menteri Alam Sekitar, Ahmas Masrizal Muhammad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Instagram pada 20 Apr.

Mereka dikritik kerana melanggar PKP, yang dilaksanakan pada Mac bagi mengekang penularan Covid-19.

Siasatan dijalankan mengikut peruntukan Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa, serta peraturan pencegahan dan pengawalan penyakit.

Media dihalang dari membuat liputan ke atas prosiding itu.

Tiada ulasan: