KUALA
LUMPUR: Polis menerima 33 laporan daripada seluruh negara mengenai
dakwaan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar
mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan dan provokasi terhadap sidang
Dewan Rakyat yang berlangsung kelmarin.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya sedang menyiasat secara menyeluruh kes membabitkan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
"Kita terima 33 laporan itu di seluruh negara setakat ini. Siasatan sedang dijalankan (membabitkan kenyataan Dr Xavier)," katanya pada BH, hari ini.
Semalam, Gerakan Aktivis Tuntut Malaysia (TUNTUT) yang menganggap kenyataan itu sebagai berbaur hasutan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
TUNTUT menyifatkan tindakan Xavier itu seolah-olah menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan perbuatan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Ahli Parlimen.
Pada hari sama, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Wangsa Maju turut membuat laporan polis berhubung isu sama terhadap Xavier.
Ketuanya, Mohammed Ridzal Kamal Ghazalee dilaporkan berkata, berkata kenyataan itu adalah satu penghinaan kepada institusi diraja di negara ini dan tidak wajar mana-mana ahli politik mempertikaikan keputusan untuk Parlimen bersidang seperti yang berlangsung kelmarin.
Sebelum ini, menerusi satu video berdurasi selama hampir tiga minit, Xavier menyifatkan persidangan berkenaan sebagai sampah dan tidak berguna.
Xavier dilaporkan berkata, Ahli Parlimen cuma berada sejam saja di Dewan Rakyat hanya untuk mendengar titah Yang di-Pertuan Agong atas alasan COVID-19.
Sidang itu dijadual selama sehari, namun dipendekkan untuk mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan