Khamis, 21 Mei 2020

Polis akan panggil Xavier kerana kenyataan didakwa hasutan

THE MALAYSIAN INSIGHT
Polis akan memanggil Ali Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar susulan kenyataannya yang didakwa berunsur hasutan dan provokasi terhadap sidang Parlimen yang berlangsung Isnin lepas. – Gambar fail The Malaysian Insight.

POLIS akan memanggil Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar susulan kenyataannya yang didakwa berunsur hasutan dan provokasi terhadap sidang Parlimen yang berlangsung Isnin lepas.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata bekas menteri air, tanah dan sumber asli itu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Tiada ulasan: