Jalan aktiviti judi dalam talian di premis di Sabah
KOTA KINABALU
– Polis Sabah menahan 33 individu termasuk warga China, dipercayai
menjalankan aktiviti judi dalam talian dalam serbuan di sebuah premis
bangunan di Inanam pada 10 Disember lepas
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk
Zaini Jas berkata, daripada jumlah itu, 26 individu itu adalah warga
China termasuk lima wanita, empat warga tempatan dan tiga lagi tidak
mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri berumur antara 14 hingga 52
tahun.
“Dalam serbuan pada 9 malam di bangunan
empat tingkat itu, polis berjaya merampas beberapa barang yang
dipercayai digunakan dalam aktiviti perjudian dalam talian antaranya set
komputer, telefon bimbit, meja dan wang tunai berjumlah RM20,280,”
katanya pada sidang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di
sini hari ini.
Zaini berkata, polis turut menjumpai satu
paket plastik lut sinar daripada salah seorang individu itu yang
dipercayai dadah jenis methamphetamine seberat 0.67 gram.
Beliau berkata, kesemua suspek telah
disambung reman sehingga 30 Dis ini untuk siasatan lanjut dan kes
disiasat dibawah Seksyen 4 (1)(c)Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta
Dadah Merbahaya 1952 dan Akta Imigresen 1963.
Sementara itu, di Lahad berkata, polis
turut menahan lapan individu termasuk lima wanita warga asing dalam
serbuan yang masing-masing di kedai runcit Batu 5, Jalan Segama dan di
sebuah rumah di Jalan Silam antara jam 5 hingga 7.30 malam, malam tadi.
Katanya, kesemua mereka berumur antara 17
hingga 59 dipercayai menjalankan aktiviti perjudian dalam talian dan
penjualan nombor loteri awam tanpa lesen.
“Polis telah merampas telefon bimbit,
tablet, dan wang tunai berjumlah RM533 dan kesemua mereka ditahan untuk
disiasat lanjut,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Zaini berkata,
polis telah mengenalpasti suspek yang dipercayai melakukan perbuatan
khianat apabila sebuah premis dibakar di Bangunan T1, Jalan Bundusan
Penampang pada 9 Disember lepas kira-kira jam 12.55 tengah malam.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan dan
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dipremis berkenaan mendapati, tiga
orang suspek dipercayai terlibat dalam perbuatan itu.
“Suspek juga dipercayai berumur dalam
lingkungan 40-an terlibat dalam kejadian meletupkan sebuah kawasan
dibangunan yang sama pada 15 Disember lepas jam 9.30 pagi,” katanya.-
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan