Isnin, 16 Disember 2019

Tarikh Pilihan Raya Kecil Kimanis 18 Jan 2020

THE MALAYSIAN TIMES



PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis adalah 18 Jan 2020 dan tarikh penamaan calon pada 4 Jan 2020.

Beliau mengumumkan tempoh berkempen bagi PRK Kimanis ialah 14 hari dan sebanyak 20 pusat mengundi dengan 69 saluran akan dibuka bagi PRK itu.

Katanya 29,664 pemilih layak mengundi pada PRK Kimanis.

Tiada ulasan: