Dato’ Seri,
Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya,
nama saya K. Gunasekaran Kuppan atau lebih dikenali sebagai Chegu Sekar.
Saya menyertai Parti Keadilan Rakyat sejak 2004 atas semangat
perjuangan reformasi. Perjuangan menentang Rejim UMNO/Barisan Nasional
menarik minat saya menyertai Keadilan dan saya tidak pernah menyertai
mana-mana parti sebelum itu. Saya pilih wadah perjuangan ini bukan
kerana mana-mana pemimpin politik, tetapi hanyalah semata-mata untuk
memperjuangkan hak rakyat Malaysia.
Penyertaan bermula dari PRU ke-11 hinggalah saya
dilantik sebagai Ketua Penerangan Cabang Kota Raja pada 2008. Seterusnya
saya memegang jawatan Timbalan Ketua Penerangan Selangor hingga 2018.
Kini saya hanya seorang ahli biasa.
Sebagai seorang ahli yang setia dengan parti, saya turut
hadir ke Kongres Nasional 2019 di MITC Melaka. Buat pertama kali
kehadiran saya dalam Kongres, saya berasa sungguh hampa sekali kerana
Kongres dijadikan medan untuk menyerang pemimpin-pemimpin yang berbeda
pendapat dengan Presiden. Serangan jelas sekali terjurus kepada Timbalan
Presiden, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali oleh pembahas-pembahas yang
disusun oleh penganjur Kongres di bawah pengelolaan Setiausaha Agung
Parti.
Dato’ Seri Presiden,
Satu lagi peristiwa yang tidak dapat diterima sama
sekali adalah Majlis Penganugerahan Khas Pemimpin kepada Dato Seri
Saifuddin Nasution Ismail. Ada dua perkara saya ingin membawa kepada
perhatian Dato’ Seri Presiden:
i) Penganjuran Kongres Nasional 2019 adalah di bawah
pengelolaan Setiausaha Agung sendiri.
Beliau sendiri mencalonkan dirinya
untuk menerima Anugerah Khas Pemimpin? Bukankah ini penganugerahan
‘Angkat Bakul Sendiri’?
ii) Saya juga ingin mempersoalkan pemilihan Dato’ Seri
Saifuddin Nasution untuk anugerah ini.
Bukan saya seorang sahaja yang
ingin mempertikaikan penganugerahan ini, malah ramai pejuang tulen
reformasi turut berkongsi pendapat saya. Ramai lagi pemimpin yang lebih
layak dari Setiausaha Agung yang pernah lari dari perjuangan Parti
Keadilan Rakyat.
Beliau juga pernah menyertai PAS. Apabila kita menang
2008 balik semula ke pangkuan parti.
Seterusnya, apabila kalah Parlimen
Kulim Bandar Baharu 2013, terus tinggalkan perjuangan entah ke mana?
Inikah calon untuk menerima Anugerah Khas Pemimpin Parti Keadilan
Rakyat?
Dato’ Seri Presiden,
Saya menyeru agar menghargai jasa pejuang reformasi
tulen yang masih setia bermula 1998 hingga sekarang. Jangan kita meniru
budaya UMNO BN yang hanya pilih ‘kaki bodek’.
Akhir kata, saya memohon jasa baik Dato’ Seri Presiden
supaya kembali kepada landasan perjuangan asal Parti Keadilan Rakyat.
Jangan lupa pengorbanan ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin yang berjasa
kepada parti keramat ini semasa Dato Seri dalam penjara walaupun
berbeda pendapat.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Ikhlas,
K.Gunasekaran Kuppan
@Chegu Sekar
Ahli Biasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan