Khamis, 12 Disember 2019

PH akan guna semula blaming game jika ada PRK

Wartawan MalaysiaGazette
MGF12092019_PC-HIMPUNAN-UMMAH08
Annuar Musa.
 

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan mengulangi skrip lama setiap kali berlaku pilihan raya kecil (PRK).

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, biasanya akan ada pengumuman projek dan kelulusan bajet.

PH juga akan membuka buku lama dengan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN), katanya.

“Biasanya akan ada cuti tambahan, pengumuman projek, kelulusan bajet, benda-benda kebetulan, menteri turun kampung, pendakwaan terpilih, buka buku lama (dan) blaming game pada BN,” ciap Annuar di Twitternya hari ini.

Kenyataan Annuar itu mungkin ada kaitan dengan PRK Parlimen Kimanis yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi.

Isnin depan SPR akan bermesyuarat antaranya bagi menentukan tarikh PRK Parlimen Kimanis berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada minggu lepas yang menolak rayuan Datuk Seri Anifah Aman untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya pada 16 Ogos lalu bahawa kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak sah dan terbatal selepas mendapati wujud kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.- MalaysiaGazette


Tiada ulasan: