WHATSAPP, aplikasi komunikasi popular dunia akan
bermula sekatan terhadap pengguna beberapa model telefon pintar pada
tahun depan.
Perkara ini telah diumumkan WhatsApp pada laman sokongan syarikat itu, sambil mendesak pengguna yang ingin menikmati perkhidmatan aplikasi itu supaya menukar versi telefon pintar mereka kepada versi yang lebih canggih.

Menurut syarikat itu, tujuan sekatan ini dilakukan adalah kerana mereka
ingin lebih fokus kepada memperbaiki fungsi dan ciri-ciri aplikasi
tersebut terhadap telefon terkini dan bukan yang sudah kuno.
Antara telefon pintar yang akan mengalami sekatan ini termasuk semua telefon dengan operasi Windows, bermula 31 Disember 2019 - seiring dengan langkah MIcrosoft menghentikan sokongan kepada sistem operasi Windows 10 Mobile.

Pengguna iPhone dan Android juga tidak dapat mengelak daripada sekatan
penggunaan aplikasi WhatsApp kerana iOS 7 kebawah bagi iPhone serta
Android 2.3.7 kebawah turut akan disekat bermula 1 Februari 2020.
Antara telefon lain yang telah disekat penggunaan Whatsapp adalah BlackBerry OS dan BlackBerry 10 pada 31 Disember 2017, Nokia S40 pada 31 Disember 2018 serta Nokia Symbian S60 pada 30 Jun 2017.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan