SHAH ALAM – Kecuaian pekerja
mengira setiap bengkung yang berada dalam kotak ketika ia dibekalkan
kepada syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd, mengakibatkan berlakunya
kekurangan bekalan.
Sajat berkata, pekerjanya yang bernama
Wati telah melanggar arahannya untuk tidak mengedarkan bengkung kepada
stokis selagi ia tidak dikira satu persatu dari kotak yang dihantar oleh
pengilang.
“Saya kecewa kerana pekerja tidak memeriksa isi kotak yang sampai ke premis dalamnya bengkung. Kesannya barang itu tidak mencukupi.
“Sepatutnya dia mengikut arahan. Kotak
itu dileraikan terlebih dahulu, tetapi Wati terus ambil dari kotak yang
sepatutnya ada 20 bungkusan (bengkung),” katanya kepada Mahkamah
Majistret hari ini.
Tambahnya, sebelum ini pernah berlaku
kekurangan 1,000 bengkung yang diterima daripada pengilang dan ia
kemudian berlaku lagi, yang mana kurang 120 helai sebelum kejadian
stokis tidak menerima tempahan mereka.
Namun Sajat mendakwa pekerjanya masih tidak mahu mendengar arahannya supaya mengira semula bengkung yang diterima.
Sebaliknya, mereka terus mengedarkannya kepada stokis.
“Saya tidak benarkan bengkung itu diedar sebelum tidak dikira betul-betul.
“Sebelum ini Wati edar barang (bengkung)
itu sebelum kebenaran saya,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah
Majistret, Izralizam Sanusi.
Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzaman
berdepan saman sebanyak RM200,000 yang difailkan oleh bekas stokis Nur
Sajat Aesthetic Sdn Bhd menerusi OWA Resources kerana dikatakan gagal membekalkan produk bengkung yang sudah ditempah dan dibayar.
Saman itu difailkan oleh, Mohamed Syakir Hussin, dan bekas pekerja syarikat terbabit, Nurwati Hussin.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan