Mahkamah kekal keputusan kemenangan Anifah pada PRU14 terbatal
PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan
Raya yang mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
Parlimen Kimanis, dimenangi bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman
sebagai tidak sah dan terbatal.
Panel yang
diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat
berkata, tidak ada kesilapan oleh hakim pilihan raya dalam penemuan
fakta.
Hakim turut mendapati berlaku pelbagai salah laku dan pelanggaran undang-undang sewaktu pilihan raya di kerusi itu.
Katanya lagi, perkara berkenaan telah menjejaskan keputusan pilihan raya di kerusi itu.
Anifah
memenangi kerusi Kimanis dengan majoriti 156 undi, setelah memperoleh
11,942 undi manakala Karim Bujang, yang mewakili Warisan memperoleh
11,786 undi.
Hakim juga memerintahkan Anifah membayar responden iaitu Karim pada nilai kos RM70,000.
Anifah, yang
diwakili oleh Ansari Abdullah, hadir semasa prosiding awal tetapi
meninggalkan mahkamah sebelum keputusan itu diumumkan.
Susulan keputusan itu, satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Kimanis, Sabah akan diadakan tidak lama lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan