Sabtu, 21 Disember 2019

Persidangan pertubuhan Cina tetap diteruskan

MalaysiaGazette
MGF05082019_DONG-JIAO-ZONG35
Tan Tai Kim


PETALING JAYA – Walaupun menerima teguran daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, tetapi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong)  tetap mahu mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember akan datang.

Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, persidangan itu merupakan satu program aman yang bertujuan menyampaikan permintaan damai pertubuhan Cina mengenai kemajmukan.

“Tindakan susulan akan ditentukan oleh persidangan,” katanya secara ringkas kepada Sinchew Daily.

Dr. Mahathir sebelum itu telah memberi peringatan bahawa penganjuran persidangan pertubuhan Cina akan mengundang kesan tidak diingini.

BACA: Bantahan Jawi: Jika Dong Jiao Zong mahu cetus kekacauan, buatlah – PM

Kata Perdana Menteri, ia akan menyebabkan masyarakat Melayu bertindak balas dengan
mengadakan persidangan sendiri untuk membincangkan isu seperti penutupan sekolah Cina.

Dr. Mahathir berkata, sebagai negara yang bebas, setiap orang boleh bersuara, tetapi mereka juga perlu mengekalkan sensitiviti terhadap kaum lain.

Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah penerapan pengenalan tulisan Jawi dalam subjek teras iaitu  Bahasa Melayu sekolah vernakular.

BACA: Dong Jiao Zong anjur persidangan pertubuhan Cina bantah tulisan Jawi
BACA: Dong Jiao Zong perlu batalkan perhimpunan bantah tulisan Jawi

Pertubuhan berkenaan bagaimanapun dilaporkan mengalakkan supaya pengenalan tulisan Jawi dijalankan dalam bentuk aktiviti kokurikulum. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: