Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Orang lain pertahan keamanan, pengganas komunis pula diangkat sebagai pejuang
BANGI
– Parti politik serta ahlinya yang secara tidak langsung menyokong dan
menyanjungi pengganas komunis tidak sepatutnya dibenarkan bertanding
dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, tegas pendakwah bebas,
Firdaus Wong Wai Hung.
Beliau yang juga Presiden Multiracial
Reverted Muslim (MRM) berkata, individu terbabit patut dilucutkan
kewarganegaraan mereka kerana menjulang kumpulan pengganas.
Firdaus juga meminta rakyat mengenali
nama ahli serta parti politik yang menyokong secara terbuka berhubung
isu itu serta mereka yang bertindak berdiam diri.
Bahkan beliau turut mempersoalkan sama
ada polis, tentera dan orang awam yang dibunuh pada masa dahulu dikira
sebagai pengganas sekiranya komunis ini dijulang dan diiktiraf sebagai
pejuang kemerdekaan.
“Anggota keselamatan kita
bertungkus-lumus mempertahankan keamanan negara tetapi tiba-tiba
pengganas komunis ini pula mahu dijulang sebagai pejuang kemerdekaan?,”
soalnya.
Sebelum ini, kira-kira 300 orang telah
menghadiri perhimpunan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), di
sebuah kolej swasta di Kajang, Ahad lalu.
Perhimpunan itu kononnya untuk
memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang
ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.
Lebih menimbulkan persoalan apabila Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Ronnie Liu dan veteran PKR, Syed Husin
Ali hadir dalam perhimpunan berkenaan, seolah-olah memberi restu kepada
perhimpunan berkenaan.
Terdahulu, terdapat cubaan menyebarkan
ideologi komunis dalam buku komik dan seterusnya diikuti dengan tindakan
membawa balik abu mayat ketua pengganas, Chin Peng pada 16 September
lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan