Selasa, 17 Disember 2019

Najib mahu campur tangan Azilah ketepi sabitan bunuh Altantuya

Bekas perdana menteri, Najib Razak.

PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak berusaha untuk campur tangan dalam permohonan semakan semula yang difailkan bekas anggota polis Azilah Hadri yang mahu sabitannya membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata anak guamnya menafikan semua dakwaan dalam akuan berkanun Azilah yang menuduhnya mengarahkan pembunuhan kejam wanita itu.

“Permohonan untuk campur tangan akan dibuat kerana seseorang tidak boleh disalahkan tanpa individu itu berada di mahkamah untuk mempertahankan dirinya,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di depan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azniza Mohd Ali, hari ini.

Beliau juga berkata Najib sedang disasarkan “sekali lagi”, sambil menambah bekas perdana menteri itu sudah menjadi mangsa politik.

“Mereka mahu menangkapnya tanpa memberi jaminan,” katanya.

Azniza menetapkan 20 April untuk mendengar permohonan semakan semula Azilah, yang difailkan di bawah Peraturan 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Tiada ulasan: