Isnin, 16 Disember 2019

Mengapa Cina takut Jawi?

DR AHMAD SANUSI AZMI

 

Sikap mereka seolah-olah seperti simptom Islamophobia

1. INILAH tiga muka surat yang mengandungi tulisan Jawi yang dibantah oleh Dong Zong (Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina). Bantahan tersebut turut disokong oleh parti politik mereka tidak kira DAP atau MCA.

2. Minggu lalu, Kementerian Pendidikan mendedahkan tiga muka surat buku teks Bahasa Malaysia yang menjadi pertikaian tersebut. Apabila diteliti, perkataan Jawi yang ada hanyalah sedikit. Di sini timbul persoalan, apakah yang sebenarnya sangat ditakuti oleh kaum Cina tentang tulisan Jawi ini?

3. Menurut Malaysiakini, salah satu puncanya ialah kebimbangan mereka tentang penyebaran mesej Islam melalui tulisan Jawi. Adalah sangat menghairankan, bagaimana tiga muka surat ini mampu memberikan maklumat yang cukup tentang Islam. Bukankah ini antara simptom Islamophobia?

4. Sikap mereka yang bertindak keras membantah Jawi ini menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan warga maya sehingga melabelkan mereka sebagai rasis dan bersikap Islamophobia. Ia tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang menjunjung Islam di dalam perlembagaan Malaysia. Semoga Allah membimbing kita semua.


Tiada ulasan: