Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Dong Zong bantah tulisan Jawi, mana 'jantan' pemimpin politik Melayu?
BANGI
– Tindakan kumpulan pendesak Cina, Dong Zong mahu mendakwa kerajaan di
mahkamah berhubung isu pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular
sangat melampau, kata Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
Terdahulu media melaporkan, kumpulan
rasis Dong Zong mahu mendakwa kerajaan di mahkamah susulan keputusan
memuktamadkan kandungan pelajaran tiga halaman tulisan Jawi, dalam
sukatan pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tahun 4, termasuk di
sekolah vernakular.
Tiga halaman berkenaan memperlihatkan
tulisan Jawi pada jata negara, wang kertas dan setem yang mengandungi
tujuh patah perkataan iaitu bersekutu, bertambah, mutu, bank, negara dan
Malaysia.
Difahamkan, pertubuhan itu juga akan
menganjurkan perhimpunan kumpulan Cina pada 28 Disember bagi membantah
pelajaran pengenalan kepada tulisan jawi di sekolah vernakular.
Kumpulan rasis itu tidak bersetuju dengan
pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi atas dakwaan ia bertentangan
dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
(DSKP).
Selain itu, mereka mendakwa, kuasa
pengurusan yang diperuntuk kepada lembaga pengelola sekolah mengikut
Akta Pendidikan 1996 turut dipinggirkan.
Kecewa dengan sikap keterlaluan Dong
Zong, Prof Zainur Rashid menyifatkan tindakan pertubuhan itu membantah
keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) menunjukkan mereka sebagai puak
rasis yang melampau.
“Hanya tiga muka surat dengan beberapa
petikan jawi, Dong Zong nak dakwa kerajaan di mahkamah. Hilang langsung
kejantanan pemimpin politik Melayu!
“Bagaimana dengan tindakan dengan
kebiadaban orang yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA), menghina
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menghina Jalur Gemilang, mengangkat
pemimpin komunis, pertemuan bekas pengganas komunis dan sebagainya?,”
soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan