Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador
Rizal Mubarak telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan
terhadap bekas pegawai penyelidik presiden PKR itu mengenai dakwaan yang
dibuatnya pada sidang akhbar 4 Disember lalu.
"Namun setelah saya meneliti transkrip sidang media yang diadakan oleh Yusoff baru-baru ini, apa yang dikatakannya adalah subjudis dan berbaur fitnah," katanya dalam sutu kenyataan hari ini.
Pada 4 Disember lalu, Yusoff membacakan akuan bersumpahnya pada satu sidang akhbar yang disiarkan melalui laman Facebook "Solidariti untuk Muhammad Yusoff Rawther."
Anwar menafikan perkara itu dan berkata beliau pada tarikh berkenaan sedang sibuk berkempen sempena pilihan raya kecil Port Dickson yang ditandinginya.
Yusoff juga mendakwa laporan polis yang dibuatnya, menuduh Farhash menyerangnya pada 16 Mei tahun ini di pejabat Anwar di Petaling Jaya telah diabaikan.
Farhash hari ini berkata peguamnya akan mengambil tindakan sewajarnya.
"Oleh itu saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan apa yang disebut olehnya (Yusoff) sewaktu sidang media yang disiarkan di laman facebook," katanya.
Menjelaskan lanjut, Farhash juga berkata dia menghormati proses undang-undang kerana terdapat kes sivil yang sedang berjalan (yang difailkan di Shah Alam oleh Yusoff) terhadap dirinya dan setiausaha akhbar Anwar, Tunku Nashrul Tunku Abaidah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan