Oleh Athirah Huda Zalhe
Kredibiliti Tommy Thomas diragui kerana pernah wakili pengkhianat
BANGI – Sikap tidak telus dan berintegriti terhadap kes kematian anggota
bomba, Muhammad Adib Mohamad Kassim menyebabkan rakyat semakin sangsi
dengan kredibiliti Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk menguruskan
kes abu mayat bekas pemimpin komunis, Chin Peng.
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya berkata, rakyat
pasti akan menjadi pemerhati rapat kepada tindak-tanduk Peguam Negara
dalam menguruskan kes berkenaan, sebaik sahaja siasatan polis selesai
dan laporan diserahkan ke jabatan itu.
Beliau
bimbang pihak Tommy akan bertindak sama seperti kes Muhammad Adib,
memandangkan Peguam Negara mempunyai kaitan dengan Chin Peng kerana
pernah mewakili bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu satu
ketika dahulu.
“Jadi,
kita berharap Peguam Negara tidak mempermainkan ‘rule of law’ dan sekali
lagi menjadi punca sistem perundangan negara tercemar akibat
kepentingan peribadinya.
“Rakyat
akan terus memerhati gerak-geri Tommy Thomas. Jika sudah lagi tiada
kredibiliti sebagai Peguam Negara, lebih baik berundur,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Terdahulu,
polis sudah merakam keterangan 10 individu, termasuk pengarang sebuah
portal berita selepas menerima 11 laporan berhubung kes abu mayat Chin
Peng dibawa pulang ke negara ini.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata,
pihaknya sedang mendapatkan laporan dari Kementerian Kesihatan, Jabatan
Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
untuk siasatan lanjut.
“Kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan susulan,” katanya.
Isu Chin
Peng menjadi perhatian apabila kumpulan pengurusan abu mayatnya
dilaporkan membawa masuk abu berkenaan dari Thailand dan ditabur di laut
berhampiran lumut Perak serta hutan banjaran Titiwangsa.
Chin Peng
pernah memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia bagi dirinya sendiri
dan PKM bagi menuntut kerugian serta menghalang kerajaan Malaysia atau
ejen-ejen daripada mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai
mereka.
Bagaimanapun,
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 September 2009 menolak saman
‘tidak mampan’ itu kerana permusuhan antara PKM dengan kerajaan adalah
fakta sejarah dan tidak boleh dinafikan.
Chin Peng ketika itu diwakili peguam bela, Tommy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan