Julang komunis pejuang merdeka hingga tentang tulisan jawi
YA benar abu mayat
seseorang tidak mampu berbuat apa sebagaimana mayat ketua pengganas
Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), V. Prabhakaran juga tidak mampu
berbuat apa-apa. Yang sudah tu sudah lah.
Tetapi, bukan abu dan mayat seseorang
yang ditakutkan tetapi ideologi mereka yang masih subur itu yang menjadi
duri dalam daging.
Andai mereka bawa masuk senyap-senyap dan
tabur di lautan bagi memenuhi permintaan terakhir si komunis itu
mungkin kita boleh fahami, tetapi apakah tujuan dibuat kain rentang dan
sidang akhbar dilakukan jikalau bukannya ‘test water’ dan provokasi?
Abu mayat komunis yang membunuh polis dan
tentera kita, mereka minta kita jangan sensitif sangat, malahan
sehingga ke tahap menjulang si komunis sebagai pejuang kemerdekaan,
namun tulisan jawi yang juga sebahagian dari khazanah bahasa kebangsaan
ditentang dan ditolak dengan keras dan tegas?
Kita semua mahukan negara yang aman dan
harmoni tetapi apakah kita mahu berdiam diri melihat ada pihak yang cuba
merosakkan semua ini dengan provokasi demi provokasi menormalisasikan
isu yang sensitif sehingga kita lupa akan kekejaman mereka?
Dari Abu Hurairah R.A, Nabi Muhammad ﷺ bersabda,
لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ
“Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan