Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin identiti lelaki yang dirakam
beraksi di atas ranjang - dan dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal
Ekonomi, Azmin Ali - akan diketahui sebelum hujung tahun ini.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, berkata klip video
tersebut sudah dihantar ke firma di sebuah universiti di AS untuk
dianalisis oleh seorang pakar forensik digital.
Katanya, langkah itu dibuat untuk mengetahui ketulenan serta identiti yang terlibat dalam rakaman berkenaan.
Huzir
menjelaskan, kertas siasatan kes itu sudah dirujuk kepada Jabatan
Peguam Negara antara tujuh dan lapan kali dan pihak terbabit sudah
diberi arahan untuk dilaksanakan.
"Polis
telah pergi ke AS baru-baru ini, dan mereka sudah balik. Laporan
analisis tersebut akan dibekalkan kepada PDRM dalam masa terdekat,"
katanya.
Ditanya bila keputusan tersebut akan diperolehi, Huzir menjawab: "PDRM sangat yakin sebelum hujung tahun."
Beliau
menambah, PDRM melantik pakar dari luar negara untuk membuat analisis
kerana perlukan badan bebas untuk membuat analisis mengenainya.
Ada sebab siasatan lama
Antara
aspek yang ditumpukan, katanya, ialah menilai ketulenan video tersebut
dan menjalankan proses pengecaman wajah individu yang terlibat.
Selepas itu, katanya, ia akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Isu klip berkenaan menjadi perhatian ramai apabila disebarkan - kelihatan seperti dirancang teliti - pada Jun lalu.
Haziq
Abdullah Abdul Aziz yang ketika itu menjadi setiausaha kanan Timbalan
Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin, kemudian tampil
mengaku sebagai seorang daripada lelaki terbabit.
Dia kemudian membuat dakwaan seorang lagi lelaki yang bercumbu dengannya ialah Azmin.
Azmin
yang juga timbalan presiden PKR menafikan dakwaan tersebut dan
menganggap ia adalah tindakan pihak tertentu dalam parti yang mahu
memusnahkan kerjaya politiknya.
Pada Julai lalu Ketua Polis Negara
Abdul Hamid Bador memberitahu klip video berkenaan adalah tulen namun
identiti lelaki yang terlibat tidak dapat disahkan.
Kata beliau pengesahan itu dibuat CyberSecurity Malaysia.
Huzir
berkata tindakan PDRM menghantar rakaman video tersebut ke luar negara
dibuat kerana pihak berkuasa mahukan keputusan yang diperolehi oleh
pakar berkecuali.
Katanya, CyberSecurity Malaysia adalah badan dalam kerajaan dan pihak berkuasa berasakan perlu mendapat pandangan pakar bebas.
Ditanya
mengapa siasatan kes itu mengambil masa begitu lama, Huzir memberitahu
PDRM perlu mengenal pasti pakar yang boleh diyakini untuk membuat
analisis.
Katanya jika ia dihantar kepada pihak yang tidak pernah
memberi keterangan di mahkamah, ia mungkin menyukarkan proses
perundangan.
Periksa telefon jika ada sebab
Menurutnya, ia juga memerlukan perbelanjaan yang sangat besar.
"Sesetengah pakar bersedia untuk membuat analisis tetapi tak sedia memberi keterangan di mahkamah.
"Ia
juga membabitkan banyak perhubungan melalui e-mel kerana polis perlu
menanyakan pelbagai soalan. Jadi sebab itu ia mengambil masa lama,"
katanya.
Katanya
polis hanya boleh membuat pemeriksaan ke atas mana-mana individu
sekiranya wujud syak wasangka yang munasabah, atau ketika semasa
menjalankan siasatan sesuatu kes.
"Misalnya dalam kes culik,
sekiranya polis percaya medium yang digunakan adalah telefon, kita boleh
periksa telefon mereka," katanya.
Menurut beliau berdasarkan
prosedur operasi standar (SOP) jika polis mahu membuat pemeriksaan atau
merampas sesuatu peralatan, laporan akan dibuat bagi memastikan ia
berjalan atas dasar rasmi.
"Sekiranya ada individu tak puas hati telefon bimbit mereka diperiksa, sila buat laporan polis.
"Bagaimanapun setakat ini polis tak pernah terima laporan lagi," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan