LANGSUNG | Perbicaraan Najib Razak yang berdepan 25 pertuduhan salah
guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebanyak RM2.28
bilion memasuki hari ke-31 hari ini.
Malaysiakini membawa liputan langsung perbicaraan.
6.04 petang: Prosiding ditangguhkan pada hari ini dan akan disambung semula esok selepas jam 9.30 pagi.
Sebelum perbicaraan ditangguhkan petang ini, DPP Gopal Sri Ram dan peguam bela Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa kedua-dua mereka perlu menghadiri kes lain di mahkamah pagi esok, sebelum hadir ke perbicaraan Najib Razak berhubung kes 1MDB.
Sequerah membenarkan perbicaraan bermula selepas jam 9.30 pagi esok, namun mengingatkan pihak pendakwaan dan pembelaan bahawa ia akan menyebabkan prosiding berlarutan sehingga jam 6.15 petang.
5.50 petang: Mahkamah
diberitahu bahawa lembaga pengarah 1MDB dalam mesyuarat pada bulan
April 2011 mendapati CEO ketika itu, Shahrol Azral Ibrahim Halmi
menunjukkan prestasi melebihi jangkaan syarikat dan memutuskan untuk
menaikkan gajinya.
Menurut minit mesyuarat, yang dibangkitkan oleh peguam bela Muhammad Shafee Abdullah di mahkamah, lembaga pengarah bersetuju gaji Shahrol diberi kenaikan sebanyak 12.5 peratus iaitu daripada RM80,000 kepada RM90,000 sebulan.
Peningkatan ini berkuat kuasa pada bulan yang sama (April 2011).
Shahrol menyertai syarikat itu sebagai CEO pada tahun 2009 dengan gaji bulanan RM80,000.
Saksi itu, memberi keterangan bahawa beliau tidak tahu apakah petunjuk prestasi ketika lembaga itu membuat keputusan mereka.
Shahrol berkata beliau meninggalkan mesyuarat apabila lembaga itu membincangkan gajinya.
5.10 petang: Hakim
Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah Mahkamah berkata prosiding
masih boleh diteruskan selepas pukul 6.00 petang ini bagi mengelakkan
mereka menghadapi kesesakan lalu lintas.
Kenyataan lucu hakim itu timbul apabila peguam utama Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau telah berdiri terlalu lama dan berasa letih.
"(Saya) Boleh benarkan rehat. 10 minit. 6 petang (trafik) jam. Mungkin kita patut beredar (selepas pukul 6 petang)," kata Sequerah menyebabkan ketawa daripada semua orang dalam mahkamah.
Sequerah kemudian membenarkan prosiding berhenti rehat sementara.
Dalam perenggan 294
daripada keterangan saksi setebal 270 halaman, beliau memberi keterangan
bahawa surat itu menunjukkan Putera Turki bercakap mengenai Arab Saudi
dan Malaysia meneruskan kerjasama melalui pelaburan bersama.
Saksi
ke-9 itu mengatakan walaupun bertarikh 28 Feb 2011, surat itu
diminitkan kepada Pengerusi 1MDB pada masa itu, Lodin Wok Kamaruddin
pada 11 Mac tahun yang sama, beliau tidak pernah melihatnya pada tahun
2011.
Shafee: Bila kamu melihatnya (surat dari Putera Turki untuk Najib)?
Shahrol: (saya) tak pernah (melihatnya) pada tahun 2011. Hanya semasa siasatan pada 2018. Saya percaya SPRM (yang menunjukkan surat itu kepada saya).
3.10
petang: Perbicaraan menyaksikan peguam utama Muhammad Shafee Abdullah
membangkitkan e-mel yang dikatakan dihantar oleh eksekutif Petrosaudi
International, Patrick Mahoney kepada pengasas bersamanya, Tarek Obaid
pada tahun 2010.
Bertarikh 7 Ogos 2010, e-mel yang dibincangkan itu kelihatan seperti rancangan antara Tarek, Mahoney dan Low Taek Jho berhubung AS$1 bilion dana milik 1MDB dan apa yang mereka mahu beritahu 'PM' untuk mendapatkan lebih banyak dana.
Membacakan kandungan e-mel itu semasa pemeriksaan balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Shafee kemudian menekan saksi itu untuk menjawab soalan berhubung e-mel pada 7 Ogos 2010.
Bagaimanapun, untuk kebanyakan soalan, Shahrol memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak selesa menjawab tanpa maklumat yang lengkap, kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.
Saksi itu bagaimanapun bersetuju bahawa 'PM' yang disebut dalam e-mel berkenaan mungkin merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.
Selepas ditekan oleh Shafee, Shahrol juga bersetuju bahawa berdasarkan kandungan dalam perenggan empat dalam e-mel berkenaan, ia kelihatan seperti ada konspirasi untuk mengelirukan Najib oleh tiga individu berkenaan.
Shafee: Bolehkah dikatakan perenggan ke-4, tidak ada konspirasi untuk menyembunyikan fakta-fakta tertentu dari PM Malaysia. Dari para 4 dalam perbualan ini antara orang-orang ini.
Shahrol: Berdasarkan perenggan empat (sahaja), ia dilihat ada satu konspirasi untuk mengelirukan PM
Peguam
utama Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah berkata pihak pembelaan
telah menyelesaikan lebih separuh pemeriksaan balas terhadap bekas Ketua
Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Peguam itu bagaimanapun memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah bahawa pihaknya tidak mungkin dapat menyelesaikan pemeriksaan terhadap Shahrol pada Khamis minggu depan.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan Najib berhubung dakwaan penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB sehingga Khamis minggu depan.
Sequerah: Berapa lama lagi yang kamu perlukan untuk menyoal Shahrol?
Shafee: (Kami sudah) lebih daripada separuh jalan.
Shafee bagaimanapun mengingatkan bahawa pihak pembelaan tidak menyoal Shahrol berhubung dengan aspek Tanore kes itu.
Shafee: Bercakap bagi pihak saya, kami mengesyaki kami tidak akan dapat menyelesaikannya menjelang akhir minggu depan.
Sequerah: Jadi ini bermaksud (lebih banyak masa diperlukan oleh pembelaan) sehingga Januari (2020)?
Shafee: Ya.
Peguam itu berkata sejumlah soalan diperlukan kerana setiap bahagian daripada 270-halaman kenyataan saksi dibuat Shahrol adalah 'berat'.
Shafee meyakinkan mahkamah walaupun pelbagai soalan dilontarkan kepada Shahrol selaku bekas CEO 1MDB, pihaknya tidak akan menyoal balas saksi-saksi lain selepas Shahrol sebanyak itu..
Mahkamah berhenti rehat
12.40 tengah hari: Mahkamah ditangguhkan ke 2.30 petang.
12.05 tengah hari: Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral
Ibrahim Halmi berkata dia tidak tahu sama wang AS$500 juta (RM2 bilion)
yang dipinjamkan 1MDB kepada PSI Holdings pada 2012 benar-benar
digunakan untuk membeli saham dalam perniagaan tenaga.
Sebelum itu, Shahrol berkata, berdasarkan dokumen perbankan, kira-kira AS$83 juta daripada pinjaman itu berakhir dalam syarikat Jho Low, Good Star Ltd.
Semasa soal balas peguam bela Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata dia tidak pernah melibat bukti dalam dokumen bahawa PSI Holdings menggunakan baki wang itu untuk mendapatkan saham GDF Suez.
Shafee: Kamu ditunjukkan penyata bank PSI Holdings?
Shahrol: Tidak
Shafee: Jadi kamu tidak dapat sahkan bakinya digunakan untuk membeli saham GDF Suez.
Shahrol: Saya tidak dapat sahkan.
Untuk rekod, 1MDB meminjamkan AS$500 juta kepada PSI Holdings, untuk digunakan syarikat usama samanya dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd itu, untuk mendapatkan saham GDF Suez.
Bagaimanapun, berdasarkan dokumen yang diberikan pada mahkamah, Tarek Obaid, yang mengawal PSI Holdings, mengarahkan Swiss Franc 82 million (AS$83 juta) dipindahkan ke akaun peribadinya di JP Morgan.
Tarek juga mengarahkan pegawai perbankan peribadinya memindahkan wang kepada Good Star Ltd melalui akaun di bank RBS Coutts.
10.45 pagi:
Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia hanya ditunjukkan jejak wang
“peringkat tinggi”, ke Good Star Limited yang dikaitkan dengan Jho Low
dan entiti-entiti milik Aabar BVI.
Bekas CEO 1MDB itu berkata demikian kepada peguam utama pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah semasa sesi soal balas.
Shafee bertanya saksi kesembilan pasukan pendakwaan itu sama ada dia ditunjukkan jejak wang berkaitan 1MDB melibatkan pengalihan 82 juta Swiss Franc daripada AS$500 juta.
Pengalihan wang didakwa dilakukan oleh eksekutif Petrosaudi Tarek Obaid.
1MDB meminjam AS$500 daripada AmBank pada September 2010 sebagai sebahagian daripada transaksi melibatkan usaha sama 1MDB-Petrosaudi.
10.40 pagi:
Mahkamah diberitahu, kira-kira seminggu selepas 1MDB memindahkan AS$500
juta ke PSI Holdings pada September 2012, untuk dilaburkan dalam
syarikat tenaga Perancis, sebahagian daripada wang itu mengalir kepada
syarikat Jho Low Good Star Ltd.
Semasa soal balas pasukan pembelaan terhadap bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi,
mahkamah diberitahu tentang perincian perbankan berkaitan bagaimana Tarek Obaid, yang mengawal PSI Holdings, mengarahkan pemindahan 82 juta Swiss Franc daripada akaun syarikat itu kepada akaun peribadinya di JP Morgan pada 23 September 2012.
Untuk rekod, PSI Holdings ialah syarikat
usaha sama MDB danPetrosaudi Holdings (Cayman) Ltd sebelum 1MDB
melupuskan sahamnya bernilai AS$1 bilion.
PSI Holdings pada 14 September 2012 menerima AS$500 juta daripada 1MDB sebagai pinjaman untuk dilaburkan dalam syarikat tenaga GDF Suez (sekarang dikenali sebagai ENGIE).
"Lain kali saya pakai sarung tangan,"
katanya sambil menggosok-gosok tangannya, mencetuskan ketawa mereka yang
mengikuti perbicaraan di mahkamah.
Penterjemah mahkamah kemudian dilihat mengubah suhu pendingin hawa.
Sebaik sebelum Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan semalam, ketua peguam
Muhammad Shafee Abdullah bertanya Shahrol berkenaan perjanjian kemudahan
pinjaman terma RM2.5 bilion antara 1MDB dengan AmBank bertarikh 13
September 2010.
Perkara itu dinyatakan di halaman 129 pernyataan saksi Shahrol. Ia menjadi penanda berapa lama lagi masa yang akan diambil untuk peguam membuat pemeriksaan balas terhadapnya.
Shafee menjalankan pemeriksaan balas terhadap Shahrol secara sistematik sejak 7 Oktober lalu, apabila pasukan pembelaan mengambil tempat untuk bertanya saksi utama itu.
Malaysiakini membawa liputan langsung perbicaraan.
LANGSUNG
Prosiding ditangguhkan
Sebelum perbicaraan ditangguhkan petang ini, DPP Gopal Sri Ram dan peguam bela Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah bahawa kedua-dua mereka perlu menghadiri kes lain di mahkamah pagi esok, sebelum hadir ke perbicaraan Najib Razak berhubung kes 1MDB.
Sequerah membenarkan perbicaraan bermula selepas jam 9.30 pagi esok, namun mengingatkan pihak pendakwaan dan pembelaan bahawa ia akan menyebabkan prosiding berlarutan sehingga jam 6.15 petang.
Lembaga pengarah dapati prestasi Shahrol melebihi jangkaan
Menurut minit mesyuarat, yang dibangkitkan oleh peguam bela Muhammad Shafee Abdullah di mahkamah, lembaga pengarah bersetuju gaji Shahrol diberi kenaikan sebanyak 12.5 peratus iaitu daripada RM80,000 kepada RM90,000 sebulan.
Peningkatan ini berkuat kuasa pada bulan yang sama (April 2011).
Shahrol menyertai syarikat itu sebagai CEO pada tahun 2009 dengan gaji bulanan RM80,000.
Saksi itu, memberi keterangan bahawa beliau tidak tahu apakah petunjuk prestasi ketika lembaga itu membuat keputusan mereka.
Shahrol berkata beliau meninggalkan mesyuarat apabila lembaga itu membincangkan gajinya.
5.31 petang: Perbicaraan bersambung semula selepas berhenti rehat.
Hakim: Perbicaraan boleh diteruskan selepas pukul 6 petang
Kenyataan lucu hakim itu timbul apabila peguam utama Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa beliau telah berdiri terlalu lama dan berasa letih.
"(Saya) Boleh benarkan rehat. 10 minit. 6 petang (trafik) jam. Mungkin kita patut beredar (selepas pukul 6 petang)," kata Sequerah menyebabkan ketawa daripada semua orang dalam mahkamah.
Sequerah kemudian membenarkan prosiding berhenti rehat sementara.
Putera Turki hantar surat pada Najib berhubung kerjasama Arab Saudi-M'sia
4.25 petang: Bekas
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberi
keterangan bahawa beliau hanya melihat surat yang dikatakan dari Putera
Arab Saudi, Turki Abdullah kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak
semasa disoal siasat SPRM tahun lepas.
Shahrol berkata dalam keterangan saksi bahawa surat itu adalah cover letter untuk surat daripada PSI International, satu daripada entiti yang terlibat dengan 1MDB dalam usahasama 1MDB-Petrosaudi.
Shafee: Bila kamu melihatnya (surat dari Putera Turki untuk Najib)?
Shahrol: (saya) tak pernah (melihatnya) pada tahun 2011. Hanya semasa siasatan pada 2018. Saya percaya SPRM (yang menunjukkan surat itu kepada saya).
Pembelaan tekan bekas CEO 1MDB beri keterangan berhubung emel
Bertarikh 7 Ogos 2010, e-mel yang dibincangkan itu kelihatan seperti rancangan antara Tarek, Mahoney dan Low Taek Jho berhubung AS$1 bilion dana milik 1MDB dan apa yang mereka mahu beritahu 'PM' untuk mendapatkan lebih banyak dana.
Membacakan kandungan e-mel itu semasa pemeriksaan balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Shafee kemudian menekan saksi itu untuk menjawab soalan berhubung e-mel pada 7 Ogos 2010.
Bagaimanapun, untuk kebanyakan soalan, Shahrol memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak selesa menjawab tanpa maklumat yang lengkap, kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.
Saksi itu bagaimanapun bersetuju bahawa 'PM' yang disebut dalam e-mel berkenaan mungkin merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.
Selepas ditekan oleh Shafee, Shahrol juga bersetuju bahawa berdasarkan kandungan dalam perenggan empat dalam e-mel berkenaan, ia kelihatan seperti ada konspirasi untuk mengelirukan Najib oleh tiga individu berkenaan.
Shafee: Bolehkah dikatakan perenggan ke-4, tidak ada konspirasi untuk menyembunyikan fakta-fakta tertentu dari PM Malaysia. Dari para 4 dalam perbualan ini antara orang-orang ini.
Shahrol: Berdasarkan perenggan empat (sahaja), ia dilihat ada satu konspirasi untuk mengelirukan PM
Peguam sudah lebih separuh soal balas bekas CEO 1MDB
Peguam itu bagaimanapun memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah bahawa pihaknya tidak mungkin dapat menyelesaikan pemeriksaan terhadap Shahrol pada Khamis minggu depan.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan Najib berhubung dakwaan penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB sehingga Khamis minggu depan.
Sequerah: Berapa lama lagi yang kamu perlukan untuk menyoal Shahrol?
Shafee: (Kami sudah) lebih daripada separuh jalan.
Shafee bagaimanapun mengingatkan bahawa pihak pembelaan tidak menyoal Shahrol berhubung dengan aspek Tanore kes itu.
Shafee: Bercakap bagi pihak saya, kami mengesyaki kami tidak akan dapat menyelesaikannya menjelang akhir minggu depan.
Sequerah: Jadi ini bermaksud (lebih banyak masa diperlukan oleh pembelaan) sehingga Januari (2020)?
Shafee: Ya.
Peguam itu berkata sejumlah soalan diperlukan kerana setiap bahagian daripada 270-halaman kenyataan saksi dibuat Shahrol adalah 'berat'.
Shafee meyakinkan mahkamah walaupun pelbagai soalan dilontarkan kepada Shahrol selaku bekas CEO 1MDB, pihaknya tidak akan menyoal balas saksi-saksi lain selepas Shahrol sebanyak itu..
2.35 petang: Perbicaraan bersambung selepas waktu makan tengah hari.
12.40 tengah hari: Mahkamah ditangguhkan ke 2.30 petang.
12.19 tengah hari:
Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi bersetuju bahawa tiada
persamaan tujuan dinyatakan dalam dokumen-dokumen bank atas dakwaan
pemindahan 82 million Swiss francs kepada syarikat Jho Low, Good Star
Ltd.
Sebelum itu, Shahrol berkata, berdasarkan dokumen perbankan, kira-kira AS$83 juta daripada pinjaman itu berakhir dalam syarikat Jho Low, Good Star Ltd.
Semasa soal balas peguam bela Muhammad Shafee Abdullah, saksi itu berkata dia tidak pernah melibat bukti dalam dokumen bahawa PSI Holdings menggunakan baki wang itu untuk mendapatkan saham GDF Suez.
Shafee: Kamu ditunjukkan penyata bank PSI Holdings?
Shahrol: Tidak
Shafee: Jadi kamu tidak dapat sahkan bakinya digunakan untuk membeli saham GDF Suez.
Shahrol: Saya tidak dapat sahkan.
Untuk rekod, 1MDB meminjamkan AS$500 juta kepada PSI Holdings, untuk digunakan syarikat usama samanya dengan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd itu, untuk mendapatkan saham GDF Suez.
Bagaimanapun, berdasarkan dokumen yang diberikan pada mahkamah, Tarek Obaid, yang mengawal PSI Holdings, mengarahkan Swiss Franc 82 million (AS$83 juta) dipindahkan ke akaun peribadinya di JP Morgan.
Tarek juga mengarahkan pegawai perbankan peribadinya memindahkan wang kepada Good Star Ltd melalui akaun di bank RBS Coutts.
Bekas CEO 1MDB hanya ditunjukkan jejak wang ‘peringkat tinggi’
Bekas CEO 1MDB itu berkata demikian kepada peguam utama pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah semasa sesi soal balas.
Shafee bertanya saksi kesembilan pasukan pendakwaan itu sama ada dia ditunjukkan jejak wang berkaitan 1MDB melibatkan pengalihan 82 juta Swiss Franc daripada AS$500 juta.
Pengalihan wang didakwa dilakukan oleh eksekutif Petrosaudi Tarek Obaid.
1MDB meminjam AS$500 daripada AmBank pada September 2010 sebagai sebahagian daripada transaksi melibatkan usaha sama 1MDB-Petrosaudi.
Kira-kira RM340 juta wang 1MDB masuk ke akaun syarikat Jho Low - saksi
Semasa soal balas pasukan pembelaan terhadap bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi,
mahkamah diberitahu tentang perincian perbankan berkaitan bagaimana Tarek Obaid, yang mengawal PSI Holdings, mengarahkan pemindahan 82 juta Swiss Franc daripada akaun syarikat itu kepada akaun peribadinya di JP Morgan pada 23 September 2012.
Tarek juga mengeluarkan arahan kepada pegawai perbankan
peribadinya memindahkan wang bersamaan RM340 juta dari akaunnya kepada
Good Star Ltd.
PSI Holdings pada 14 September 2012 menerima AS$500 juta daripada 1MDB sebagai pinjaman untuk dilaburkan dalam syarikat tenaga GDF Suez (sekarang dikenali sebagai ENGIE).
10.25 pagi: "Tangan
saya sejuk," kata-kata bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi itu
membawa sedikit humor dalam suasana perbicaraan di mahkamah yang
biasanya serius.
Penterjemah mahkamah kemudian dilihat mengubah suhu pendingin hawa.
9.50 pagi: Bekas perdana menteri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan bermula.
Ketua
pasukan pembelaan Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan pemeriksaan
balas dengan bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang merupakan
saksi pendakwaan kesembilan.
9.32 pagi: Najib masuk ke mahkamah dan duduk di bahagian depan galeri awam.
Turut
dilihat ialah bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, yang berada
di kandang saksi, ketua pendakwaan DPP Gopal Sri Ram bersama timbalan
pendakwa raya lain, serta pasukan peguam Najib.
Pemeriksaan
balas pasukan peguam Najib sudah melalui hampir separuh daripada
pernyataan saksi 270 halaman oleh bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim
Halmi.
Perkara itu dinyatakan di halaman 129 pernyataan saksi Shahrol. Ia menjadi penanda berapa lama lagi masa yang akan diambil untuk peguam membuat pemeriksaan balas terhadapnya.
Shafee menjalankan pemeriksaan balas terhadap Shahrol secara sistematik sejak 7 Oktober lalu, apabila pasukan pembelaan mengambil tempat untuk bertanya saksi utama itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan