Jumaat, 13 September 2019

Syiah: Serbuan ikut SOP – Mujahid

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menegaskan serbuan oleh pihak berkuasa agama terhadap kumpulan pengikut Syiah mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Mujahid berkata tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap kumpulan tersebut di Selangor baru-baru ini mengikut SOP.

“Kita sudah pun mendapat maklum balas daripada menteri besar (Selangor Amirudin Shari) dalam mesyuarat MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) kelmarin (Rabu lepas).

“Serbuan yang dilakukan di Selangor adalah bidang kuasa Selangor dan mengikut SOP, maka kita hormati tindakan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Amiruddin sebelum ini turut dilaporkan berkata serbuan dilakukan oleh JAIS terhadap kumpulan tersebut di Gombak adalah mengikut SOP JAIS.

Tiada ulasan: