Jumaat, 13 September 2019

Polis terima laporan hina institusi diraja di Twitter

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial Twitter.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata dalam satu kenyataan di sini malam tadi, susulan itu, PDRM telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948, oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, JSJ Bukit Aman.

Hari ini, media tempatan melaporkan ekoran kejadian itu Tunku Azizah telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda, sehingga ia menjadi tular di media sosial.


Tiada ulasan: