Menjelang Perayaan Deepavali pada 27 Oktober ini, sekumpulan
peniaga dan wakil parti politik menggesa Menteri Wilayah Khalid Samad
campur tangan dalam isu pengurusan bazar Deepavali.
Mereka juga mendakwa para peniaga kecil ditipu serta dipaksa membayar harga tapak yang sangat tinggi oleh beberapa persatuan yang menguruskan Bazar Deepavali sebelum ini.
"Kami minta Menteri Wilayah (Khalid Samad) campur tangan dalam isu pengurusan bazar Deepavali tahun ini. Buat seperti yang dilakukan semasa bazar Ramadan pada bulan Mei yang lalu," kata Setiausaha Agung Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira).
Sudah tulis surat
"Kami nak DBKL membuat yang sama. Sewa terus kepada peniaga. Bukan menerusi persatuan yang cuba meraih keuntungan atas angin.
"Namun, pihak ketiga mengambil tapak-tapak ini dan sewa kepada peniaga kecil sehingga RM5,000.
"Kami sudah pun menulis surat kepada menteri dan DBKL. Harap mereka jumpa kami dalam masa terdekat," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Kecil India Bersatu Selangor dan Kuala Lumpur, R Arasu berkata lokasi asal bazar Deepavali Jalan TAR dan Brickfields tidak lagi sesuai untuk perniagaan perayaan.
"Jalan TAR sedang dinaik taraf manakala Brickefields tidak sesuai kerana isu trafik dan tiada tempat.
"Jadi, kami nak DBKL mengadakan bazar Deepavali di Jalan Raja," katanya.
Arasu turut mencadangkan pemberian tapak perniagaan menerusi cabutan undi.
"Tapak perniagaan perlu diundi didepan peniaga yang sewa tapak. Tapi, peniaga-peniaga yang kurang upaya perlu diberi keutamaan," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan