Menteri Dalam Negeri memaklumkan pembatalan pendaftaran
Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Johor adalah suatu perkara biasa
dan bukan kes terpencil.
"Ada beberapa persatuan yang terbatal merayu kepada menteri. Ini salah satu daripada kes-kes tersebut. Perkara biasa (pendaftaran persatuan terbatal).
Terdahulu, Muhyiddin bertemu empat orang wakil persatuan itu kira-kira selama setengah jam.
Mereka ialah pengerusi persatuan, Tan Tay Kim yang juga pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) serta naib pengerusinya, Yang Yin Chong, anggota jawatankuasa pusat Low Chee Chong dan peguam mereka KF Wong.
Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Masyati Abang Ibrahim turut hadir pertemuan pada hari ini.
Muhyiddin menegaskan persatuan berkenaan perlu mematuhi syarat-syarat di bawah Akta Pertubuhan 1966 bagi menyelesaikan isu berkaitan.
ROS telah menyerahkan surat pembatalan pendaftaran Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Johor pada 8 Ogos lalu.
Pendaftaran Dong Zong Johor itu dilaporkan telah dibatalkan selepas ia dikatakan gagal memberi penjelasan kepada ROS berhubung beberapa pindaan terhadap perlembagaan persatuan itu berkaitan penglibatan guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan