PAS menggesa mana-mana menteri kabinet yang tidak sependapat
dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkaitan dasar negara agar
segera meletakkan jawatan masing-masing.
“Oleh itu menteri kabinet tidak boleh mengambil pendirian yang berbeza dengan perdana menteri dalam hal berkaitan dasar negara terutama setelah diputuskan oleh Kerajaan melalui kabinet.
“Tindakan tersebut adalah suatu pelanggaran konsep tanggungjawab bersama malahan dianggap suatu keingkaran.
PAS juga menggesa Mahathir untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan perlantikan menteri kabinet yang sering bercanggah pendapat berkaitan dasar kerajaan berdasarkan peruntukan Perkara 43(5), Perlembagaan Persekutuan.
Takiyuddin adalah antara pemimpin pembangkang yang bertemu dengan Mahathir di Putrajaya akhir Julai lalu untuk menyatakan sokongan agar perdana menteri itu berkhidmat sehingga habis penggal.
Selain Takiyuddin, pemimpin lain yang hadir adalah bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein, Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Whip GPS Fadillah Yusof.
Pertemuan yang mencetuskan pelbagai spekulasi antaranya ia membabitkan isu pertukaran perdana menteri.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan parti Islam itu dan Umno akan terus menyokong Mahathir sehingga penggalnya berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan