Beliau berkata, politik gangren itu semakin menjadi kenyataan kerana dari semasa ke semasa PH terus dilanda konflik.
“Tahap kepercayaan serta keyakinan dalam kalangan pemimpin dan ahlinya bahawa PH mereka boleh kekal sebagai pemerintah pada PRU yang akan datang semakin luntur.
“Sesungguhnya, Tun Mahathir (Mohamad) sebenarnya berseorangan dalam PH sekarang ini lantaran PKR di bawah regim Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutu rapatnya iaitu Lim Kit Siang semakin galak dan kuat merencanakan strategi menolak kepimpinannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Perhimpunan Agung MIC kali ke-73 di PWTC di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, tidak menjadi satu kemustahilan dalam masa terdekat PH akan menamatkan riwayatnya akibat pemimpin-pemimpin yang terlalu teruja untuk menampakkan kelompok yang paling sempurna, sedangkan di tubuh mereka penuh dengan penyakit.
“Saya melihat keributan di dalam PH telah memberi kesan yang begitu besar kepada rakyat dan negara sekarang ini.
“Saya yakin, kelak PH akan tersungkur tidak lama lagi dan rakyat perlu bersedia untuk suatu muafakat politik yang lebih baik demi masa depan yang lebih sempurna
Dalam pada itu, Zahid berkarap agar MIC memberi sokongan padu terhadap usaha penyatuan yang sedang dilakukan oleh UMNO dan Pas sekiranya mahu melihat perubahan kerajaan pada Pilihan Raya Umum-15 akan datang.
Tegasnya, perkara itu penting kerana rakyat kini sudah tidak tertahan lagi dengan PH selepas janji-janji yang diucapkan gagal disempuranakan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan