Selasa, 20 Ogos 2019

Umno, PAS sasar 10,000 hadir Himpunan Penyatuan Ummah


   Umno dan PAS mensasarkan 10,000 ahli serta penyokong akan hadir pada majis menandatangani piagam muafakat nasional sempena Himpunan Penyatuan Ummah membabitkan dua parti teras orang Melayu itu pada 14 Sept depan.

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, berkata muafakat itu akan menjadi alternatif baru kepada rakyat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Beliau berkata, perhimpunan itu akan turut disertai parti komponen BN termasuk MCA dan MIC serta rakan gabungan PAS dalam Gagasan Sejahtera.

"Tak kurang 10,000 dijangka akan hadir membabitkan pemimpin parti, ahli serta penyokong kedua-dua parti dan juga parti sahabat.

"Apa yang kita Umno, PAS lakukan ini bersifat dinamik menjurus ke arah PRU ke-15," katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Setiauasaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.

Sebelum itu, Umno dan PAS mengadakan mesyuarat jawatankuasa pelaksana Himpunan Penyatuan Ummah membabitkan pemimpin kedua-dua belah parti.

Tiada ulasan: