Jumaat, 23 Ogos 2019

Paul Yong enggan bercuti

MALAYSIAKINI

   

Exco Perak Paul Yong, yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rogol hari ini, menolak saranan supaya beliau bercuti.

“Bagi saya, saya masih belum dijatuhkan hukuman,” katanya ketika ditanya sama ada akan bercuti.
Beliau justeru berkata akan terus berkhidmat sebagai biasa dengan mengambil kira “mandat rakyat” kepadanya.

“Mengapa saya mahu berhenti?

“Apa sebab saya mahu cuti?” soalnya kembali kepada pemberita.

Ditanya berkaitan saranan sama dari Menteri Besar Perak Faizal Azumu, Yong berkata:
“Saya masih lagi exco kerajaan negeri. Saya mewakili rakyat!”

Menegaskan beliau tidak bersalah dan bukan penjenayah, Yong menegaskan tiada sesiapa boleh dikatakan pesalah selagi tidak diputuskan mahkamah.

Ahmad Faizal semalam menasihatkan Paul Yong bercuti daripada tugas rasmi kerana bakal berdepan tuduhan merogol itu, "bagi menghormati proses undang-undang”.

Beliau menasihatkan Yong tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan, sehingga proses perbicaraan selesai.

Pada masa sama, Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri menghormati prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.


Tiada ulasan: