Sabtu, 1 Jun 2019

Status quo langkah terbaik redakan isu status presiden Umno, kata penganalisis

Presiden Umno yang sedang bercuti, Ahmad Zahid Hamidi.
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik hari ini berkata status quo Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno yang direhatkan dari tugas-tugas presiden adalah langkah terbaik bagi meredakan kemelut dalaman parti itu.

Azmi Hassan berkata, buat masa ini langkah terbaik untuk meredakan keadaan dalaman parti itu ialah dengan mengekalkan Mohamad Hasan sebagai timbalan presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden parti.

Ketika dihubungi FMT Azmi berkata, desakan yang meminta Zahid berundur dari jawatan itu tidak wajar kerana kedudukan beliau sebagai presiden parti dipilih secara sah dengan sokongan padu ahli parti.

Jelasnya, mandat yang diberikan kepada Zahid perlu dihormati. Malah, keputusan sama ada beliau mahu berundur ataupun tidak adalah hak peribadinya dan terpulang kepada dirinya sendiri.

“Jika beliau merasakan ahli Umno mahu beliau berundur, pasti Zahid akan akur juga, tetapi ketika ini desakan undur bukan cara yang sah atau datang daripada kumpulan yang besar.

“Bagi saya status quo adalah kaedah terbaik yang mampu redakan keadaan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan FMT mengenai strategi terbaik untuk menyelesaikan kemelut parti itu yang dilihat “panas” berhubung isu kedudukan Zahid.

Sebelum ini media melaporkan Umno bercadang meminda Fasal 9.9 perlembagaannya pada mesyuarat agung luar biasa yang dijadualkan November depan.

Jika cadangan berkenaan diterima, ia boleh membawa kepada penyingkiran beberapa pemimpin kanan Umno, termasuk presidennya yang kini sedang bercuti.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan didakwa merupakan dalang utama di sebalik cadangan tersebut seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini.

Turut akan tersingkir adalah bekas presiden parti itu, Najib Razak yang kini mengetuai Umno Bahagian Pekan.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, keputusan untuk menyerahkan tugas presiden parti kepada Mohamad adalah manifestasi jelas bahawa Zahid sanggup berkorban untuk kepentingan parti.

Katanya, jika penyingkiran Zahid benar-benar berlaku dan dibuat secara paksa, dikhuatiri ia akan menjauhkan sokongan ahli Umno kepada Mohamad kerana tokoh itu tidak mempunyai sokongan yang kuat.

“Dikhuatiri juga kerjasama Umno dan PAS akan tergugat jika Zahid disingkir secara paksa.

“Perlu diingatkan, kerjasama dengan PAS tercetus kerana Zahid bertegas untuk meneruskan kerjasama itu,” katanya dengan menambah bahawa wujudnya tentangan hebat dari dalam parti terhadap beliau ketika itu.

Tiada ulasan: