Sabtu, 6 April 2019

PH TETAP DENGAN ‘BLAME GAME’ – ZAHID


Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat seolah-olah kehilangan faktor untuk mengkritik Barisan Nasional (BN) apabila masih bermain dengan strategi propaganda lapuk berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun usia pentadbiran kini hampir menginjak satu tahun, namun tiada sebarang pembaharuan dilaksanakan selain menyerang BN untuk menutup kegagalan demi kegagalan mereka.

“Lakukan dengan terbaik dan lebih baik, kononnya kerajaan dahulu banyak melakukan kesilapan jadi janganlah nak meletakkan beban pada kerajaan lama walaupun sudah hampir satu tahun memerintah.”

“Rakyat sekarang ini menunggu-nunggu perubahan yang mahu dilakukan oleh kerajaan PH dengan melihat kepada prestasi yang dilakukan menteri-menteri dalam kementerian mereka,” katanya kepada media di Kuala Lumpur pada Selasa.

Ahmad Zahid yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berkata selain rakyat, beliau turut maklum bahawa bekas pimpinan kerajaan lama juga sedar mengenai prestasi buruk pentadbiran PH yang mendapat mandate memerintah pada Pilihan Raya Umum Mei tahun lalu.

“Sebenarnya Tun Daim Zainuddin (Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan –CEP) mengetahui setiap prestasi menteri dan kementerian kerana beliau telah lama berkhidmat dan juga beliau boleh buat perbandingan,” katanya.


Tiada ulasan: