Keputusan itu dimaklumkan oleh Menteri
Pendidikan, Dr Maszlee Malik selepas Majlis Pelancaran Program
Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Desa Cempaka, di Nilai hari ini.
Menurut Maszlee, keputusan menukar nama
Permata kepada Genius itu bertujuan menjadikan program tersebut lebih
berdaya saing dan bersemangat tinggi.
“Walaupun fungsi dan peranannya sama, ada beberapa program di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.
“Kabinet membuat keputusan ini untuk penjenamaan semula supaya ia lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi,” kata Maszlee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan