MINDA RAKYAT
1. Kerajaan Negeri Kelantan telah menyatakan dengan jelas tunggakan yang
masih belum dilunaskan oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM275
juta.
2. Daripada jumlah ini, sejumlah RM113 juta ialah premium tanah Institut
Pendidikan Guru di Pengkalan Chepa, RM144 juta pula ialah premium tanah
FELDA, manakala baki RM18 juta ialah hasil tanah Kerajaan Persekutuan.
3. Jumlah tunggakan belum dibayar oleh Kerajaan Persekutuan ini tidak
termasuk jumlah tunggakan royalti petroleum yang berhak dinikmati oleh
rakyat Kelantan.
4. Isu pengeluaran minyak di negeri Kelantan kekal relevan kerana ia
berada di kedudukan Joint Development Area (JDA). Sekiranya dijumlahkan
secara keseluruhan tunggakan royalti minyak Kelantan, ia boleh mencecah
puluhan bilion ringgit.
5. Jumlah pinjaman Kerajaan Negeri Kelantan kepada Kerajaan Persekutuan
yang masih belum diselesaikan ialah RM1.42 bilion, manakala jumlah wang
pendahuluan yang belum dibayar pula ialah RM364 juta.
6. Hal ini bermakna, Kerajaan Negeri Kelantan masih mempunyai hak yang
lebih besar untuk diminta kepada Kerajaan Persekutuan. Tapi, mengapa
Menteri Kewangan dilihat lebih angkuh?
7. PAS berharap agar Kerajaan Persekutuan mengangkat semangat
federalisme, saling hormat menghormati, bantu membantu dalam kalangan
negeri-negeri tanpa bersikap prejudis.
8. Negara Malaysia perlu dibangunkan bersama dengan mengutamakan
kemaslahatan untuk rakyat. Jauhkan politiking kerana ia akan merencatkan
pembangunan, integriti dan ketelusan.
Islam Memimpin .
Sekian.
Nasrudin hin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan