Terbaru, satu foto telah mengundang sedikit spekulasi dan apabila
dilihat seolah Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau itu sedang ‘mengisi
borang’ di hadapan seorang pemimpin parti Bersatu.
Difahamkan foto tersebut dirakam ketika Khairy Jamaluddin menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2018 di Dataran Rembau.
Majlis turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Menerusi laman Twitter akaun rasmi Astro Awani, dengan kapsyen tandatanya 'KJ isi borang apa tu?' menarik perhatian. Twitter. Foto: Twitter Khairy Jamaluddin
"Adik tu (itu) minta autograph (autograf) pun jadi berita? Ingat Astro Awatni tadi"," balas KJ.
Namun Melalui tweet balas KJ mencetuskan sedikit ‘perbalahan’ dengan
netizen di laman Twitter itu, dengan pemilik akaun @PEMBANGKANG.
"Mestilah jadi berita sebab dah tak nampak pakai baju Umno walau dalam
program rasmi Umno. Kan jadi timbul tanya pada masyarakat," tulisnya.
Namun, kata Khairy, itu merupakan program kerajaan Malaysia, bukan program parti.
"Itu program kerajaan Malaysia bukan program Umno la. Kau ni tahap carrot (lobak) pun tak sampai," kata KJ.
Ia kemudian dibalas kembali oleh @PEMBANGKANG milik Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris.
"Saya tahu le(lah) program kerajaan Malaysia. Sebab itu Saya cakap, YB
(KJ) dah beberapa kali hadir program Umno tak pakai baju parti. So bila
keadaan tu berlaku media lakukan tugas mereka lah dalam melariskan
berita. Tak carrot pun takpa, sebab Saya suka petai," balasnya.
Bagaimanapun, salah seorang kepimpinan Bersatu, Mohamad Jani Ismail menafikan KJ mengisi borang parti Bersatu.
Jelasnya lagi, KJ hanya menandatangani autograf apabila diminta seorang kanak-kanak.
"Yang gambar itu bukan isi borang, tapi Khairy sedang tandatangan
autograf. Setakat ini belum ada perbincangan, atau Khairy pun belum
mohon nak masuk Bersatu.
"Tidak, bukan isi borang, cuma Khairy ketika itu sedang tandatangan autograf yang diminta kanak-kanak," katanya.
Malah perkara itu turut diakui oleh netizen kerana KJ hanya menurunkan autograf pada sebuah buku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan