Wartawan Watan-Online
“Saya berdepan dengan tugas sukar untuk menghalang wakil rakyat UMNO lompat parti,” kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Apatah lagi UMNO katanya tidak mengikat sebarang kontrak, bai’ah ataupun sebarang ikatan dengan Ahli Parlimen mahupun ADUN mereka.
“Saya terima maklumat, bahawa tak putus-putus orang menghampiri ahli parlimen dan ADUN kita (UMNO).
“Dan sesetengah daripada mereka telah buat keputusan untuk lompat parti.
“Jadi, saya berdepan tugas sukar sebagai setiausaha agung, untuk memastikan mereka kekal,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, pada Isnin.
Annuar diminta mengulas keputusan ADUN Guar Chempedak, Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata UMNO menghormati apa juga keputusan ahlinya.
“Tak ada kontrak, tak ada perjanjian, tidak ada baiah, tidak ada sebarang ikatan. Jadi terpulanglah kepada diri masing-masing,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan