Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal
mengambil alih tampuk kepimpinan parti dilihat bukan sahaja memikul
tanggungjawab mengetuai parti komponen terbesar Pakatan Harapan malah
tugas lebih besar menanti iaitu untuk menangani budaya ‘kem politik’
dalam parti itu.
Mengupas isu itu, penganalisis dan pemerhati politik, Dr Chandra Muzaffar berkata PKR sebagai parti komponen terbesar PH perlu segera 'mengubati’ budaya tidak sihat itu sebelum ia menjadi kudis dalam parti.
"Hal sedemikian merupakan masalah besar bagi PKR serta kerajaan PH… ada kemungkinan berlaku perpecahan dalam parti, sekiranya (budaya) kem atau puak ini berterusan.
“Kini mereka (PKR) memegang kuasa (sebahagian daripada kerajaan) dan atas dasar itu PKR perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi (budaya) kem politik bagi mengukuhkan kedudukan parti," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mengulas
lanjut, Chandra, yang juga bekas Timbalan Presiden PKR sebelum,
mengumumkan keluar parti pada Disember 2001 mengakui budaya itu sudah
wujud dalam PKR sejak awal penubuhannya, namun dilihat semakin serius
pada masa ini.
"Saya berharap para pemimpin utama PKR seperti (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) selaku presiden baharu perlu bersikap bebas dan neutral bagi mengatasi masalah kem dan puak dalam parti itu," tambahnya.
Persaingan sengit antara Anggota Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli yang perebutan jawatan timbalan presiden dilihat secara tidak langsung mewujudkan ‘kem’ dalam parti.
Kelantangan Rafizi mengkritik proses pemilihan parti dan dakwaan Azmin sebagai individu yang akrab dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya tidak disenangi oleh pengikut setia Anwar antara ‘drama’ yang menjadi perhatian umum sepanjang proses pemilihan PKR.
Menjelang
Kongres Nasional PKR pada Jumaat ini, keputusan akhir tidak rasmi yang
dipaparkan menerusi laman Twitter ‘Pemilihan KEADILAN 2018’ menyatakan
Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, mendahului dengan
70,550 undi mengatasi Rafizi (66,594 undi) untuk menempah kerusi
timbalan presiden.
Zaid menjelaskan walaupun Anwar seperti tidak memperlihatkan campur tangannya pada proses pemilihan dengan tidak memihak kepada mana-mana individu sebagai tanda demokrasi, namun beliau perlu lebih tegas pasca pemilihan nanti.
“Anwar perlu bijak menangani pihak dan penyokong yang kalah supaya selepas pemilihan ini mereka masih rasa diperlukan dan dihargai oleh parti. Dia (Anwar) mesti berupaya lakukan pendamaian agar ahli parti dapat kembali bekerja bersama-sama dan tinggalkan segala persaingan ketika pemilihan untuk mengukuhkan parti menuju PRU15,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Sivamurugan berpendapat langkah merapatkan saf kepimpinan PKR bukan sahaja pada aspek perpaduan pemimpin tertinggi malah literasi politik dan matlamat parti harus dididik dalam kalangan anggota agar mereka memahami jawatan dan pangkat bukan perkara penting dalam perjuangan.
Tambahnya, Anwar harus pastikan tindakan segera untuk kembalikan perpaduan dalam parti dan yang kalah harus menerima hakikat (kekalahan), manakala yang menang tidak boleh pinggirkan yang kalah.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan