Presidennya, Mohd Faizzuddin Zai berkata demikian berhubung isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Menurutnya, ICERD adalah untuk menjual negara.
"Amaran kepada kerajaan PH usah cabar kami. Sekiranya kamu melampaui batas, kami tidak akan teragak-agak mencipta sejarah bukan sahaja di Kuala Lumpur, tapi juga akan berarak di Putrajaya.
"Jangan cabar orang Melayu, Cina dan India yang sayangkan negara kita ini," katanya ketika berucap dalam Himpunan Bantah ICERD, di Kompleks Sogo, di sini, hari ini.
Tegasnya, negara tidak perlukan polisi lain untuk menguruskan negara ini.
Katanya, 60 tahun negara sudah merdeka dan rakyat mampu hidup harmoni walaupun berbilang kaum.
"Pesanan terakhir kami daripada Gamis, ini adalah saat yang genting dan sudah tiba masanya kalian kerahkan anak kalian keluar daripada budaya kesenangan bersama dengan kami untuk ajar PH bagaimana mahu urus tadbir negara ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan