Khamis, 15 November 2018

“HEI MAZSLEE… JANGAN SAMPAI ANAK MUDA TERPAKSA MELACUR”




Hasrat 15 mahasiswa yang berjalan kaki hari ini (Rabu) berarak dari Universiti Malaya (UM) ke bangunan Parlimen sejauh sembilan kilometer untuk membantah PTPTN dan menyerahkan memorandum kepada Menteri Pendidikan, Dr Mazslee Malik hanya sia-sia.

Mereka pada mulanya berkumpul di UM dan bergerak kira-kira jam 11 pagi dalam cuaca panas, namun tidak ‘dilayan’ oleh Mazslee sebaik tiba di Parlimen.

Mereka memakai pakaian siswazah dengan jubah dan topi segi empat siswazah, tiba ke parlimen kira-kira sejam kemudian.

Kumpulan itu membantah tindakan kerajaan memperkenalkan pembayaran balik dengan cara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus dari pendapatan bulanan peminjam berpendapatan lebih RM1,000.

“Hei Mazslee Malik…kalau gaji kami RM1000 pun (potong PTPTN) kami masih kena berhutang RM400 untuk hidup sebulan. Kamu jangan zalim kepada kami.Jangan sampai anak muda Malaysia terpaksa melacur diri untuk hidup dalam negara kita.

“Kami berjalan 9 kilometer daripada Universiti Malaysia (UM) tetapi rupa-rupanya hanya berjumpa dengan wakil YB….kami sangat kecewa dengan Mazslee Malik rupa-rupanya beliau semakin angkuh selepas memegang jawatan,” katanya Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Faizzuddin Mohd Zai.

Aktivis Gamis itu berhasrat bertemu Maszlee bagi menyampaikan memorandum empat tuntutan, iaitu:

(1) Menggesa kerajaan mewajibkan pembayaran balik PTPTN ke atas pihak yang mempunyai gaji RM4,000 ke atas.

(2) Menyarankan kerajaan mewujudkan Perbadanan Tabung Wakaf Pendidikan Negara untuk menampung kos pendidikan.

(3) Memotong gaji menteri, lantikan politik serta pegawai-pegawai tertinggi syarikat berkaitan kerajaan untuk pendidikan pelajar.

(4) Menuntut sekurang-kurangnya 25 peratus daripada belanjawan tahunan negara untuk pendidikan.


Tiada ulasan: