Seorang lagi pemimpin Umno 'disergah' anggota parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, melalui media sosialnya.
Kali ini sergahan Khairy itu dibuat lebih 'kejam' dan disasarkan kepada salah seorang anggota Jawatankuasa Pemuda Umno - sebuah sayap parti yang pernah diketuainya dulu.
Terdahulu portal Awani memuat naik berita dan gambar Khairy menulis sesuatu pada senaskhah buku di majlis ramaian, dengan salah seorang yang hadir kelihatan memakai baju Bersatu.
Bekas menteri belia dan sukan itu kemudian menjawab ciapan portal terbabit dengan penjelasan - disertakan pertanyaan - ringkas: "Adik tu minta autograph pun jadi berita?" katanya.
Selepas itulah anggota Jawatankuasa Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris muncul dan mencelah dengan ciapan bersahaja.
"Mestilah jadi berita sebab dah tak nampak pakai baju Umno walau dalam program rasmi Umno. Kan jadi timbul tanya pada masyarakat," katanya.
Kemudian Khairy membalas ciapan tersebut: "Itu program kerajaan Malaysia bukan program Umno la. Kau ni tahap carrot pun tak sampai."
Macam angkasa lepas dan bumi
"Berdoalah saya tidak menjadi presiden Umno. Perkara pertama yang akan saya lakukan ialah memecat kamu kerana memiliki IQ lobak," ciapnya pada 4 Nov lalu.
Istilah berkenaan digunakan Khairy untuk menggambarkan tahap pemikiran yang rendah.
Turut hadir Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad serta sejumlah orang kenamaan lain.
Khairy juga menjawab - sambil menyindir - ciapan seorang pengguna Twitter lain yang memuat naik gambar beliau bersalaman dengan Mahathir.
"Nampak tak bagaimana senyum meleret @Khairykj bila jumpa Tun Madey, terpampar wajah gembira di raut wajah budak tingkat 4 ini seolah seperti double agent jumpa big boss. Jgn lupa yg bangsat @Khairykj keep blaming @NajibRazak on 1MDB. Jilat jgn tak jilat.." ciap M Azizi Yahaya.
Kepada ciapan itu Khairy menjelaskan: "Saya tentang @chedetofficial selaku MP pembangkang, saya kritik @NajibRazak kerana menerima realiti. Saya tetap Umno. Saudara mungkin delusional. Sebab tu letak muka sebaris dengan Beckham & Johnny Depp. Angkasa lepas dan bumi, saudara."
Sementara itu Wan Muhammad Azri - yang lebih dikenali sebagai Papagomo - menjelaskan ciapannya terhadap Khairy dibuat kerana bekas menteri terbabit kini dilihat tidak memakai baju Umno dalam program yang dihadirinya.
"Susah sangatkah sekarang YB @Khairykj nak pakai baju Umno? Kalau program tempat lain OK-lah tapi dalam program rasmi Umno dan di bahagian sendiri pun tak pakai, apa sebab? Bukankah itu yang YB kehendakkan agar media dan masyarakat berteka-teki?" ciapnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan