Khamis, 1 November 2018

Bantu siasatan 1MDB: SPRM cari warga Britain

Astro Awani
Bantu siasatan 1MDB: SPRM cari warga Britain
Paul Geoffrey Stadlen, 39, bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Gambar fail/REUTERS/Olivia Harris
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Britain bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Lelaki tersebut, Paul Geoffrey Stadlen, 39, mempunyai alamat terakhir di Unit A-29-8, Blok A, Loft Sentral Condominium, Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.
 
Sumber SPRM
Sumber SPRM


Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Paul Stadlen diminta menghubungi Penguasa Kanan Zuhaila Arip di talian 03-8870 0364 atau emel ke zuhaila@sprm.gov.my.

Mereka juga boleh menghubungi Penguasa Fahmee Mohd. Nor di talian 03-8870 0419 atau emel ke mohdfahmee@sprm.gov.my. 
 
 

Tiada ulasan: