Isabelle Leong, Astro Awani
PUTRAJAYA: Kementerian
Pengangkutan akan kaji semula had umur pengambilan lesen memandu ekoran
korban kemalangan jalan raya mencecah 7,000 pada tahun 2016.
Menteri Pengangkutan , Anthony Loke berkata, kebanyakan korban adalah golongan muda berusia antara 16 hingga 25 tahun.
"Perkara itu (gad umur) perlu dikaji semula memandangkan statistik menunjukkan korban kemalangan jalan raya sebanyak 7,152 orang pada 2016.

“Kalau termasuk kanak-kanak dan sebagainya, jumlahnya melebih 2,500 orang, iaitu merangkumi lebih daripada 35 peratus yang meninggal dunia di atas jalan raya di bawah umur 25 tahun,” kata Anthony.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, kadar kematian yang melibatkan pemandu tanpa lesen dari tahun 2011 hingga 2015 adalah 38 peratus berbanding 18 peratus pemandu berlesen.
Had umur minimum pemegang lesen kini adalah 16 tahun bagi motosikal dan 17 tahun bagi kereta.
Sehubungan itu, Anthony meminta orang ramai memberi maklum balas mengenai isu berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan