Ahad, 27 Mei 2018

MAC lancar video tips solek wanita untuk bersahur?

Dania Zainuddin, Astro Awan
MAC lancar video tips solek wanita untuk bersahur?
Video yang bertajuk 'Sedia Untuk Bersahur' yang berdurasi 30 saat ini memaparkan artis solek, Mairam Khairallah sedang mengaplikasikan eye shadow dan maskara kepada seorang model.
 

KUALA LUMPUR: Jenama kosmetik MAC dilihat seperti 'sedikit keliru' oleh netizen apabila mengeluarkan video tips solek untuk wanita Muslim, khusus untuk bersahur.

Video yang bertajuk 'Get Ready for Suhoor' atau 'Sedia Untuk Bersahur' yang berdurasi 30 saat ini memaparkan artis solek, Mairam Khairallah sedang memakai eye shadow atau pembayang mata dan maskara kepada seorang model.


Kempen ini telah menerima pelbagai reaksi dari netizen di media sosial.

Sementara itu, ada juga yang mempertahankan kempen jenama itu sambil berkata acara bersahur memang disambut meriah di beberapa komuniti di Dubai.




Tiada ulasan: