Isnin, 28 Mei 2018

PKR S'wak buat laporan SPRM terhadap SUPP

MALAYSIAKINI

   

PKR Sarawak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap SUPP kerana didakwa menerima sekurang-kurangnya RM1 juta dalam dana yang dikatakan diselewengkan dari 1MDB.

Ketua Pemuda PKR Stampin, Jeffrey Moh Kui Chung mendakwa wang itu berasal dari akaun bank peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2012.

"Kami dimaklumkan oleh pegawai SPRM bahawa disebabkan 1MDB adalah salah satu skandal terbesar, sebarang laporan mengenai dana negara bermasalah itu akan dihantar terus kepada pasukan khas 1MDB," katanya dipetik oleh Borneo Post.

Mok membuat tuduhan tersebut berdasarkan kertas siasatan yang bocor sebelum ini.

SUPP didakwa menerima dua transaksi deposit, masing-masing berjumlah RM500,000 dari akaun bank peribadi Najib pada Februari 2012 dan Mac 2013.

Parti itu didakwa menerima RM500,000 dan kemudiannya RM2 juta lagi, pada bulan Mac 2013, menjadikan wang berkenaan berjumlah RM3.5 juta.

Akaun itu adalah akaun sama yang digunakan Najib yang menerima dana daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.


Tiada ulasan: