“Saya difahamkan dia mahu letak jawatan.
“Sekiranya terdapat kesalahan dilakukannya, tindakan akan diambil terhadapnya mengikut undang-undang negara ini,” kata Dr Mahathir pada satu sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.
Dr Mahathir berkata, sekiranya SPR tidak melakukan penipuan, Bersatu sudah memenangi lebih banyak kerusi pada PRU14 lalu.
“Penipuan yang dilakukan oleh SPR menyebabkan beberapa calon kita kalah, ada yang sebenarnya dah menang, tiba-tiba datang peti undi lain.
“Bila datang peti undi lain, kita kalah. Ada kes yang mana undi rosak beratus-ratus sampai 700-800 undi rosak,” katanya.
Pada PRU14 lalu, Bersatu bertanding 52 kerusi Parlimen akan tetapi hanya memenangi 12 kerusi.
“Itulah sebabnya prestasi kita tidak begitu baik. Walaupun kita masih gembira kita dapat kemenangan dalam pilihan raya ini.
“Sesuatu yang tidak dijangka, ramai daripada media mempercayai kita akan kalah, tetapi kita menang.
“Bukan saja menang tetapi satu perkara yang kita boleh berbangga transisi itu berlaku secara aman,” katanya.
Dr Mahathir berkata, selepas PRU14, Bersatu menerima permohonan keahlian secara purata 1000 sehari.
“Antara mereka adalah ahli-ahli Umno. Kita tentukan mereka boleh menyertai parti kita setelah mereka keluar daripada Umno dan jadi bebas.
“Kemudian menyatakan pendirian mereka terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH), barulah kita boleh pertimbangkan kemasukan mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan