Rabu, 30 Mei 2018

Presma janji turunkan harga barang

Muhammad Azizul Osman

 Presiden Presma, Ayoob Khan Muhamad Yakub bercakap pada Majlis Iftar Presma dan PPIM di Masjid Ar Rahah, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK,


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) memberi jaminan akan menurunkan harga barang di semua premis makanamaka setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menetapkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada paras sifar.

Menurut presidennya, Ayoob Khan Muhammad Yakub, langkah kerajaan untuk menurunkan kadar GST disambut baik persatuan itu.

“Kalau GST sudah sifat, mesti kita kena turunkan harga. Sebab sebelum ini semua harga sudah termasuk GST, bila kerajaan tarik balik pelaksanaannya mesti akan turun harga.

“Malaysia belum layak untuk laksana GST, sebab ramai lagi orang miskin dan bila tidak ada orang miskin barulah boleh laksanakan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Presma dan PPIM di Masjid Ar-Rahah di ibu negara.

Hadir sama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Ditanya samada penetapan kadar sifar GST akan memberi kesan kepada persatuan peniaga restoran, jawab Ayoob; “Pemansuhan ini tidak akan beri kesan kepada cukai kami. Sebab kami hanya orang tengah yang kumpulan GST, dan tugas kami beri kepada kerajaan. Bila dimansuhkan, tidak payah kutip dan beri kepada kerajaan lagi.”

Kerajaan PH sebelum ini menetapkan GST pada tahap sifar berkuatkuasa 1 Jun ini.

Kementerian Kewangan memaklumkan, langkah pengenaan GST pada kadar sifar itu akan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

Ia dibuat setelah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengeluarkan arahan supaya kutipan GST dihentikan.

Pemansuhan GST merupakan antara 10 janji PH untuk dilaksanakan dalam masa 100 hari kerajaan mentadbir Putrajaya. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: